© 2017, hakmilik peribadi Hafizul Faiz.  Hubungi di hafizulfaiz92@gmail.com

October 16, 2017

El Nino benar-benar menyengat. Jalan dari Menara Alor Star menuju Stadium sedikit sibuk kerana dihalang oleh dua simpang empat. Muhammad Darul Asyiq menguatkan penghawa dingin. Kereta mengambil laluan kiri. Lebih selamat. 
    "Kau bawa kad matrik tak? Dapat potongan 50 peratus. Aku dah ingatkan banyak kali tadi." Suara Zahanis memecah sepi. 
    Darul Asyiq membelok ke kiri. Keadaan lengang. Darul Asyiq memarkir di depan pintu masuk. Tiada siapa yang datang ke Muzium Negeri Kedah pada waktu re...

July 20, 2017

"Minggu depan kita akan ada peperiksaan pertengahan semester."

Tiba-tiba sahaja hari ini dr. mengumumkan berita mengejutkan ini. 

Kelas pertama dan terakhir saya dengan Dr. Maszlee Malik ialah introduction to fiqh, atau dalam bahasa Arabnya, al-madkhal ila al-fiqh. Semua pelajar yang mengambil jurusan Bahasa Arab wajib mengambil subjek ini sebagai subjek sampingan. Subjek ini ditawarkan dalam dua bahasa, satunya bahasa Inggeris yang hanya boleh diambil oleh pelajar-pelajar jurusan Sains Kemanusiaan. Dan satu la...

July 17, 2017

"Kenapa dr. mengambil keputusan untuk berpindah dari Birmigham ke Edinburgh? Perpindahan yang besar walaupun dalam satu negara. Berpindah dari komuniti English kepada Scottish."

Lebih kurang begitulah bunyinya permulaan perbualan bersama Dr. Hafizan. Seorang doktor pakar yang sudah berkhidmat selama 25 tahun di UK. Baru sahaja beberapa tahun kebelakangan ini dr. mengambil keputusan untuk berpindah dari Birmingham ke Edinburgh. Walaupun dr. masih lagi bekerja di Birmingham dan sudah tentulah perlu berulang-alik...

June 26, 2017

Minta maaf, mak. Ini adalah tahun pertama cek tak dapat beraya dengan mak. Ini juga tahun pertama cek duduk sangat jauh daripada mak. 

Kami di sini baik-baik saja. Esok hari raya pertama kami buat rumah terbuka. Pakat-pakatlah dua tiga orang. Ada yang nak masak lemang, lodeh, ketupat, lontong, dan ada yang nak bawa kuih raya. Tak ramai orang melayu kat sini mak. Lebih kurang 100-200 orang saja. Yang nak mai esok ni katanya adalah dalam 100 orang. Kami buat BBQ kambing boleh ratah saja sebab tengok orang lain d...

June 13, 2017

"Kami mahukan sedikit pencerahan." Begitulah pinta Tasnim, Ifah dan Anis Kamilin selepas mendengar Kak D bercerita yang saya berbuka puasa waktu Mekah. Ketika mereka meminta pencerahan, saya dan rakan-rakan yang lain sedang rancak berbual. Melihat mereka bertanyakan hal yang itu, Faizi tiba-tiba bertanyakan hal yang sama, katanya, "Aha, dari mana dan bagaimana yang dikatakan berbuka waktu Mekah tuh?"

Disebabkan soalan itu saya terpanggil untuk menulis tentangnya. Saya pernah menghantar beberapa mesej kepada Dr...

June 6, 2017

Kita akan bertempur di dalam hidup ini, bukan dengan orang lain, tetapi kebanyakan masa kita akan bertempur dengan diri kita sendiri. Ada 'diri' di dalam diri kita yang tidak bersetuju dengan keputusan kita, ada juga 'diri' di dalam diri kita yang tidak mahu menyokong kita, malah ada yang asyik memusuhi kita. 

Hidup ini berombak, bukan kerana goncangnya dunia kerana porak-perandanya manusia, tetapi kerana goncangnya perasaan kerana porak-perandanya jiwa. Ramai sekali orang yang dunia luarnya bergoncang dan por...

June 1, 2017

Kali pertama saya mendengar nama Dr. Asri ialah ketika saya masih belajar di tingkatan dua. Tentunya bukan hal yang enak-enak saya dengar. Gelaran seperti "wahabi" itu sudah sebati dengan namanya sampaikan saya pun bersetuju sahaja dalam diam. Tak ada kemampuan rasional untuk bertanya. Dan tak ada kemampuan hujah untuk mempersoalkan kembali. Sebagai budak baru belajar, diam dan tak ambil pusing sangat ialah pilihan yang paling menyenangkan. 

Di Kedah, nama Dr. Asri tidak pernah enak. Mungkin juga kerana di Ked...

May 25, 2017

"Kesian kat kawan-kawan ni, mereka dok sedih. Ramadhan dah nak masuk tapi tak boleh puasa." Begitu cerita isteri saya. Dan saya tahu, begitulah juga rungutan perempuan-perempuan di luar sana ketika memikirkan nasib terpaksa cuti di awal Ramadhan dan merasakan lagi malang bila terpaksa cuti hujung Ramadhan.

"Puasa mungkin tak dapat dah, tapi Ramadhan masih dapat," balas saya pula.

"Aik. Macam mana tuh bang?" soalnya terus.

"Cuba lihat ayat 183 Surah al-Baqarah itu semula." Dia pun membuka al-Quran segera menerusi...

May 23, 2017

Ayat 186 Surah al-Baqarah ini hadir sejurus sahaja selepas ayat tentang Ramadhan Allah turunkan. Saya serahkan kepada pembaca sendiri bagaimana mahu meneliti perkaitan indah ayat ini dengan keistimewaan Ramadhan. 

Di dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan أجيب yang bermaksud "Aku menjawab". Bererti Allah menjawab sekarang dan akan-akan datang. Fe'el Mudhori' membawa maksud sekarang dan akan datang. Allah tidak menggunakan perkataan "أستجيب" yang membawa maksud "Aku akan menjawab" kerana ia tertakluk dalam...