© 2017, hakmilik peribadi Hafizul Faiz.  Hubungi di hafizulfaiz92@gmail.com

May 26, 2017

Please reload

Recent Posts

WATAK-WATAK DALAM DIRI YANG MEMBERONTAK

May 20, 2017

1/1
Please reload

Featured Posts

MEMBEDAH LUKISAN TASHA

May 20, 2017

 

Sudah lama saya menjejaki anak gadis berusia 11 tahun ini. Saya mengikutinya melalui Dr. Izyani Zulkifli, di akaun Twitter beliau, Dr. Izyani suka sekali berkongsi lukisan-lukisan Tasha, anak gadisnya yang ghairah melukis. Dr. Izyani seingat saya rarer than radium. Seorang ibu yang memberikan galakan moral dan sokongan penuh kepada minat anak gadisnya yang agak mencabar dunia normaliti hari ini; ketika semua orang mahu membesarkan seorang jurutera, doktor, peguam dan sebagainya, Dr. Izyani mahu membesarkan anaknya menjadi diri anaknya sendiri. 

 

Tasha. Saya masih ingat ketika membelek-belek potret-potret hasil lorekan indah Tasha di Instagram di bawah akaun Tomeihm, galeri peribadi Tasha. Dr. Izyani yang mengawal akaun tersebut. Tasha masih 11 tahun dan dia sendiri tak tahu apa yang menantinya di hari-hari esok, yang pasti dia akan berterima kasih sebesar-besarnya kepada ibunya sendiri. 

 

Tasha. Lukisannya menggambarkan kemanjaan, keanak-anakan, keentahan, keyakinan, kepercayaan, dan tentunya keberanian. Lorekan Tasha, seperti kata Picasso, "Aku terpaksa belajar seumur hidup untuk melukis seperti kanak-kanak," dan Tasha memiliki apa yang Picasso sedang belajar seumur hidupnya itu. 

 

Kata David Hume, manusia lebih dipengaruhi oleh perasaannya berbanding akal fikirannya (reasons). Teori Hume ini menempuh perdebatan yang panjang oleh ahli-ahli falsafah kerana selama ini ahli-ahi falsafah menjunjung reasons sebagai sumber pembentukan kemanusiaan yang hakiki. Hume merombak kesemuanya dan mula menjunjung feeling sebagai sumber yang tak kurang juga penting. 

 

Teori Hume ini terlintas di fikiran saya ketika merenung potret Tasha yang berjudul Little Sis itu. Tasha menggores segala perasaannya di situ. Siapakah Little Sis? Saya tidak tahu. Adiknya, atau paling tepat, kekuatan perasaannya, sekuat Tasha menekan berus untuk membentuk rambut ikal yang sungguh sempurna, dan mengukir pagar wajah watak Little Sis yang sungguh menggoda. 

 

Pelukis akan membayangkan segalanya di kepalanya, dan warna-warna bayangan itu disembur pula oleh perasaannya. Seni ialah lukisan perasaan, dan untuk mentafsirkannya, kita perlukan pemikiran. Dan Tasha, konsep apa yang menjadi bayangan Tasha? Warna coklat sebagai latar, dan coklat yang gelap lagi sebagai subjek utama? Kenapa coklat?

 

Warna coklat, kenapa warna coklat? Adakah Tasha mahu memberitahu bahawa perasaannya dalam sedalam perigi yang kita lihat cuma kegelapan tetapi kita tahu di bawahnya ada air yang jernih? Adakah Tasha mahu menerjah sendiri ke dalam kedalaman perasaannya? 

 

Tasha. Pelukis kecil ini ialah pelukis perasaannya sendiri, dan untuk Tasha yang mengingatkan saya kepada Hume, dan mengingatkan saya kepada kedalaman perasaan seseorang, dan mengejutkan saya bahawa lukisan tidak pernah mengecewakan perasaan kita, saya mendoakan Tasha akan terus menggoda dengan lukisan-lukisannya. Ini kerana saya sudah tergoda dengan hadiah case IPhone 5 berlatarkan potret Little Sis yang dihadiahkan isteri saya. 

 

Terima kasih Tasha. 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Please reload

Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square