© 2017, hakmilik peribadi Hafizul Faiz.  Hubungi di hafizulfaiz92@gmail.com

May 26, 2017

Please reload

Recent Posts

WATAK-WATAK DALAM DIRI YANG MEMBERONTAK

May 20, 2017

1/1
Please reload

Featured Posts

REFLEKSI SURAH AL-KAHFI: PERMULAAN YANG MENJADIKAN KITA HAMBA

May 21, 2017

 

 

Allah memulakan dan mengakhirkan surah al-Kahfi dengan tema yang sama iaitu "khabar gembira bagi orang yang beriman". Kisah yang bermula dengan satu kesimpulan ini adalah teknik "pancing" pembaca untuk terus membaca, malah berakhir pula dengan "happy ending" supaya pembaca puas hati dan terkenang-kenang akan kisahnya.

 

Sayyid Qutb membahagikan surah ini kepada lima bahagian yang coraknya merupakan pesanan penting dari Tuhan. Bermula dengan kehalusan akidah dan kepercayaan (Bahagian 1), arahan untuk terus bersabar dan analogi "jannataini": dua kebun (Bahagian 2), fenomena hari kiamat dan kisah Adam dan iblis (Bahagian 3), Nabi Musa AS dan seorang hamba yang soleh (Bahagian 4) dan akhirnya kisah Zulqarnain (Bahagian 5).

 

Mufassir seperti Sayyid Qutb dan HAMKA begitu analitif dalam mengkaji sesuatu surah. Itu tidak lagi kita pergi ke daerah Ibn Katsir dan Ar-Razi, atau sesekali hanyut dengan keindahan bahasa Al-Zamakhshari.

 

Al-Kahfi juga dimulakan dengan pengenalan yang menggembirakan. Lihat bagaimana kalimah "alhamdu" yang positif dimulakan dan lihat pula pada maksud ayat pertamanya; "Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)".

 

Sayed Qutb di dalam tafsir Fi Zilalil Quran mengatakan bahawa inilah khabar gembira yang dimulakan sebagai pokok cerita." (Al-Kahfi:1)

 

Kaedah ini juga Allah gunakan di dalam permulaan Surah Yusuf. Al-Kahfi, sebagai sebuah kumpulan cerita (ada 6 cerita semuanya) dimukaddimahkan dengan "khabar gembira" dan membentangkan "perwatakan" orang yang beriman dan terpilih; "dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik."(Al-Kahfi:2)

Permulaannya surah ini terdapat perkataan "qayyima" yang bermaksud "tetap benar", beerti juga sebagai "istiqamah", ketetapan, ketegasan di atas jalan kebenaran. Seperti Allah meletakkan sasaran kepada semua cerita ini agar dipulangkan kepada Allah jua.

 

Segala cerita mesti dituju kepada kebenaran, tidak dipesongkan dengan bias dan kecenderungan. Seolah-olah ia mengkritik sebahagian penglipurlara yang enak menokok-nambah cerita sejarah.

 

Memang, bila kita renung lagi sebab turunnya ayat ini ialah apabila penduduk Mekah menyuruh sahabat bertanya tentang kisah Zulqarnain dan pemuda yang tidur kepada Nabi Muhammad SAW — kerana kisah ini sudah termasyhur semasa Jahiliyyah lagi — lalu Allah tampal dengan pelbagai kisah dalam Surah Al-Kahfi, di sini Allah ingin memberitahu betapa Allah itu Maha Tahu kerana sekecil-kecil kisah di zaman dahulu dapat diceritakan dengan penuh jelas dan terperinci.

 

Setiap cerita mesti ada tujuannya. Setiap hikayat mesti ada teladannya. Salam Jumaat semua, semoga Surah Al-kahfi lebih menjadikan kita hamba.

 

Hafizul Faiz

Emel: hafizulfaiz92@gmail.com

Website: www.hafizulfaiz.com

Facebook Page: https://www.facebook.com/hafizulfaiz92/

Twitter: https://twitter.com/hafizulfaiz92

Instagram: https://www.instagram.com/hafizulfaiz92/?hl=en

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Please reload

Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square