© 2017, hakmilik peribadi Hafizul Faiz.  Hubungi di hafizulfaiz92@gmail.com

May 26, 2017

Please reload

Recent Posts

WATAK-WATAK DALAM DIRI YANG MEMBERONTAK

May 20, 2017

1/1
Please reload

Featured Posts

POSKAD LEBARAN DARI EDINBURGH KAT MAK

June 26, 2017

 

 

Minta maaf, mak. Ini adalah tahun pertama cek tak dapat beraya dengan mak. Ini juga tahun pertama cek duduk sangat jauh daripada mak. 

 

Kami di sini baik-baik saja. Esok hari raya pertama kami buat rumah terbuka. Pakat-pakatlah dua tiga orang. Ada yang nak masak lemang, lodeh, ketupat, lontong, dan ada yang nak bawa kuih raya. Tak ramai orang melayu kat sini mak. Lebih kurang 100-200 orang saja. Yang nak mai esok ni katanya adalah dalam 100 orang. Kami buat BBQ kambing boleh ratah saja sebab tengok orang lain dah masak yang berat-berat. 

 

Tentunya meriah kat kampung. Tahun ini trik semua balik raya dengan mak ayah. Seronoklah. Ammar dengan Adib mesti dah kelahi pasal siapa paling banyak dapat duit raya. Una tentunya dah solek tebal-tebal comel-comel berjalan satu kampung walaupun malu. Afrah dengan Asyfa tuh sudah besar, depa kena jaga adik-adik sepupu yang lain. Nak harapkan Along dengan Aqilah depa sudah ada hal sendiri-sendiri, maklumlah dah remaja belaka. 

 

Hari raya pertama cek tau. Kalut. Kita pula selalu buat nasi campur. Rumah kita tengah-tengah kampung. Orang surau yang berjalan rumah ke rumah tuh selalu sampai kat rumah kita nih jam 12. Lapar terketar semua. Kita bagi depa makan puas-puas. Suruh Paklong Rosli makan cukup-cukup. Tak ada dia, tak hidup surau kita. Kalau Paklong Bidin datang usik mak, mak jangan layan. Dia tuh kalau bab mengusik nombor satu. 

 

Ayah kena lepas lembu awal sikit. Biar duduk jauh-jauh. Ais kiub kena pergi Gajah Putih ambil dari lori terus. Kedai dah tutup belaka. Tapi Paktam Ki buka kedai juga sekejap. Boleh lari pergi beli kalau dah habis. Kalau mak tak sempat nak bancuh air panas kat Nodin tuh tak apa, bagi saja air kosong. Jenuhlah dia seorang nak minum air panas mak kena buat. Kat Paklang Kit jangan bagi makan yang manis-manis, bahaya. 

 

Sedih mak. Selalunya kecoh sudah pukul 9 pagi Cik Him datang jerkah sana-sini. Tapi Allah dah jemput dia baru-baru ini. Sunyi rumah kita. Dah tak ada orang nak usik mak, nak curi makanan mak, dan nak datang makan banyak-banyak lepas itu merungut tidak sedap apa semua. Dah tak ada orang yang nak kacau mak kat dapur. Dah tak ada orang yang nak menyembang dekat parkin luar. Dah tak ada orang nak duduk tonton bola dengan ayah. 

 

Semoga rohnya dicucuri rahmat, mak. 

 

Mak cakap dalam telefon, mak tak bolehlah cek tak ada. Cek nih anak bongsu mak. Mak bukan suka tunjuk yang mak teriak. Cek tau. Tapi mak jugalah yang lepaskan cek. Pergi jauh-jauh, belajar, kembara, tuntut ilmu bagi puas-puas dan timba pengalaman bagi luas-luas. Mak nadi cek. Cek pergi sebab mak ada di dalam hati cek nih. 

 

Mak jangan sedih. Tak lama kita tak raya sekali. Setahun dua lagi habislah Dayana mengaji. Cek di sini selalu doakan mak. Dan cek juga tau, mak tak pernah lupa nak doakan kat cek. 

 

Mak. Cek tau banyak mak mengalah dengan cek. Anak yang paling berpeluang dan selalu saja pi mana-mana bak kata Kak Ishah. Cek tau mak risau tapi mak tak pernah kata "tak payah". Mak percaya sungguh apa yang cek putuskan walaupun benda itu tak pernah ada sejarah keluarga kita buat. Mak ada doa yang mengatasi segala ketakutan. Mak ada Tuhan tempat mak menggantungkan segala keresahan. 

 

Jadi cek nak minta maaf atas semua salah silap cek. Semua yang buat mak risau, resah, tak sedap hati tapi diam, dan segala yang tiba-tiba yang mak selalu terkejut. Sebagai contoh, bila cek buat keputusan nak terbang ke Edinburgh esok walaupun hari ni masih kat kampung. Mak tak kata "tak payah", mak suruh cek kemas barang cepat-cepat walaupun mak tahu mak tak akan jumpa cek dalam masa dua tahun paling kurang. 

 

Mak, terima kasih kerana sangat kurang kata "tak payah" kat cek. Selamat hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin, mak. Mak adalah nafas yang cek hirup setiap masa di mana-mana, mak. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Please reload

Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square