© 2017, hakmilik peribadi Hafizul Faiz.  Hubungi di hafizulfaiz92@gmail.com

May 26, 2017

Please reload

Recent Posts

WATAK-WATAK DALAM DIRI YANG MEMBERONTAK

May 20, 2017

1/1
Please reload

Featured Posts

PERBUALAN BERSAMA DR. HAFIZAN

July 17, 2017

 

 

 

 

 

"Kenapa dr. mengambil keputusan untuk berpindah dari Birmigham ke Edinburgh? Perpindahan yang besar walaupun dalam satu negara. Berpindah dari komuniti English kepada Scottish."

 

Lebih kurang begitulah bunyinya permulaan perbualan bersama Dr. Hafizan. Seorang doktor pakar yang sudah berkhidmat selama 25 tahun di UK. Baru sahaja beberapa tahun kebelakangan ini dr. mengambil keputusan untuk berpindah dari Birmingham ke Edinburgh. Walaupun dr. masih lagi bekerja di Birmingham dan sudah tentulah perlu berulang-alik setiap minggu. 

 

"Nak tahu yang kecil-kecil ke, yang besar terus?" soal Dr. Hafizan. Kek keju bersalut krim dicedoknya sedikit dan kopi kampung yang baru sahaja terhidang diteguknya. Beberapa orang mengambil tempat. Tekun mendengar. Sayuti sudah menongkat dagunya dan merenung tepat ke wajah dr. 

 

"Yang besar teruslah," jawab Sayuti spontan. Saya dan beberapa orang yang lain tak sabar menunggu. Tentunya ada cerita menarik dari seorang Melayu yang sudah bekerja 25 tahun di Birmingham tiba-tiba membuat keputusan agak drastik untuk berpindah. 

 

Raya baru-baru ini kami buat rombongan mengunjungi rumah baru beliau. Edinburgh ini tak ramai Melayu dan rumah dr. lah yang paling gah dan besar sekali. Rumah banglo di kawasan Murrayfield yang sangat sergam dan indah. Meskipun rumah besar gedabak begitu, Dr. Hafizan, isterinya Kak Meg dan anak-anaknya tidak sombong dan sangat ramah melayan kami. Selalu Dr. Hafizan bergaul bersama kami, tak macam ada sesetengah Melayu yang tidak pernah bertegur sapa dan kami pun tak pernah mengenali mereka. 

 

Hidup di luar negara ini, bergaul dan bersosial bersama komuniti sebangsa dan seagama adalah tuntutan yang sangat murni. Dari situlah kita dapat kekuatan, keluarga, ada self-belonging dan paling penting, dapat menunaikan tugas menjadi khalifah di mukabumi. Jatuh bangun kita dalam dunia yang terasing ini, bangsa dan agamalah yang menjadikan sebab kita masih percaya dan kuat untuk meneruskan kehidupan. 

 

Percayalah, menjadi orang asing di mata seseorang sangatlah menyedihkan. 

 

"Faktor terbesar sekali ialah penerimaan masyakarat English terhadap orang asing macam kita," kata Dr. Hafizan, kemudian menyambung, "English tak macam Scottish. Satu perkataan yang sangat membezakan dua bangsa ini; prejudice." Dr. sangat menekankan nada ketika menyebut perkataan itu; prejudis. 

 

Mudahnya, prejudice bermaksud "preconceived opinion that is not based on reason or actual experience" dan ini akan menyebabkan timbulnya bias atau berat sebelah tanpa ada logik yang valid. Menariknya lagi, jika dicari di Google contoh mudah memahami prejudice melalui ayat, ayat inilah yang keluar: "English prejudice against foreigners." 

 

Semacam ada sebab yang sangat kukuh kenapa ayat ini yang paling terkenal dan mudah digunakan untuk memahamkan orang tentang prejudice. Disebut pula English, bukan Scottish, bukan pula Irish. 

 

Gordon Allport memberikan definisi yang mudah bagi prejudice ini iaitu "feeling, favorable or unfavorable, toward a person or thing, prior to, or not based on, actual experience". Beliau menyebutkan ini dengan detil sekali di dalam buku terkenal beliau berjudul The Nature of Prejudice yang terbit pada tahun 1979.

 

Di sini, beberapa persoalan mula timbul. Kenapa Dr. Hafizan menjadikan "prejudice" adalah wacana untuk membincangkan perbezaan Scottish dan English? Dan apa yang dimaksudkan oleh Dr. Hafizan dengan perkataan ini?

 

"English sangat membenci Islam, Muslim, atau apa yang berkait dan terkait, atau apa yang terlihat sepertinya. Anak saya hampir tiap-tiap hari terpaksa menempuhi verbal abbuse di dalam bas pulang dari sekolah ke rumah." Dr. Hafizan menceritakan lagi. Perbualan menjadi semakin menumpu, hangat dan sangat kena dengan situasi sekarang ini. 

 

Lebih kurang lima tahun kebelakangan ini, Islamofobia kembali merebak, menjadi wabak yang menyerang English sehingga segala khazanah pengetahuan yang berteraskan logik yang selama ini diperjuangkan hilang ditelan hanyutnya wabak Islamofobia ini. Tak guna punya khazanah yang besar dalam ilmu, tetapi gagal mendidik akal untuk berfungsi dengan baik. 

 

Lihat sahaja isu yang sedang berleluasa sekarang. Bukan lagi serangan verbal, juga serangan fizikal yang sangat melampau yang hanya ditujukan kepada Muslim. Ketika saya menuliskan ini, empat jam yang lalu BBC mengeluarkan berita tentang penyiasatan lelaki yang tiba-tiba merentap kuat hijab seorang perempuan di stesen Tube, London. Baru-baru ini lagi, seorang perempuan melaporkan kepada polis tentang seorang lelaki yang katanya memakai baju tebal berjalan ke masjid membawa bom. Apabila polis menangkap lelaki tersebut, tiada apa-apa yang mencurigakan. Beliau cuma mahu ke masjid menunaikan solat. 

 

Di mana-mana sahaja di England, masyarakat sudah tidak peduli tentang toleransi. Mereka hanya mahu menyahkan Muslim dari negara mereka walaupun Muslim itu juga ialah warganegara mereka. Menjadi warganegara tidak bermakna apa-apa. Tetap tidak dihormati dan tetap dibenci. Kebencian akar umbi ini sangat subtle dan halus meresap sehingga kanak-kanak sekolah pun tanpa segan silu melakukan verbal abuse tanpa rasa bersalah. 

 

"You will not notice it if you're naive," sambung Dr. Hafizan lagi. Memang ramai orang yang naif, yang hanya tahu meromantisasikan English dan menyangka bahawa barat adalah segala-galanya. Sistem di barat memang baik, tapi sistem pemikiran orangnya sangat bermasalah. Berlakunya brexit adalah bukti bahawa mereka sangat prejudis dan terlalu sombong untuk berkongsi kehidupan. 

 

"Jadi. Biarlah saya sahaja yang letih berulang-alik dari Edinburgh ke Birmingham, tetapi anak-anak selesa dan tenang. Saya doktor, tapi English tetap layan saya macam sampah dan orang asing walaupun saya termasuk dalam golongan atasan; orang yang bekerja dan berkhidmat untuk mereka." Dr. Hafizan menghabiskan kopi, mengambil tisu dan menggenyeh mulutnya. Kesan-kesan kek keju berkrim hilang dan tisu dibuang. 

 

Tidak pasti apakah nasib Muslim di penggal kedua wabak Islamofobia ini. Bersyukur juga Scottish tidak seteruk mereka. Orang Scotland masih ramah, tidak prejudis, dan paling tidakpun, menjaga perilaku dan menghormati antara satu sama lain. 

 

Nak hidup di UK? Fikirlah masak-masak dulu. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Please reload

Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square